Thursday, December 1, 2011

Kembali berblog..huhuh

Tak sangkaa sungguh pejam celik pejam celik dah lebih setahun aku tak update ini blog..huhuh.bz lah katakan..hehe..byk benda nak cerita tp tak reti lak nak start mana...Okeylah, buat permulaan catatan 2011( ceh, padahal dah hujung 2011), aku cerita pasal buah hati kesayangan aku ni...


Isma Qisya Athirah ---anak dara kesygn aku ni dilahirkan 23 Februari 2010 jam 0155 am..secara normal..kalau rajin aku share pengalaman bersalin ye..


Pix ni time besday Qisya yg pertama..ngehngeh suka dpt hadiah bear dari sepupu dia...kalau cerita pasal si kecik ni mmg tak pernah abis..mcm2 benda aku belajar..lagi2 sekarang ni dia tgh membesar..huhu...


nti sambung lg k...huhuhuu

Friday, June 18, 2010

Pergi Seorang Sahabat

Erm..agak lama aku tidak mencoretkan catatan di sini, agak lama juga aku menyepi mengumpul kekuatan bagi memuntahkan segala yg terbuku di hati..entri ini bukan bermaksud sahabat yg ku kasihi itu pergi meninggalkan dunia ini tapi pergi menjauh dariku..

Aku tak pasti bila ketika tarikh dan masanya sang sahabat ini menelefonku dan memberitahu bahawa dia sudah lagi tidak bekerja di Lembah Klang..sudah mendapat kerja baru di Seremban.Bunyinya agak mendebarkan aku. Aku tya sang sahabat.."tapi kamu masih tinggal di sini kan? Ala, Seremban itu bukan jauhpun. Boleh Ulang Alik" namun jawapan sang sahabat bukan seperti tekaan aku..wah..aku terkesima.

Memang aku tidak meluangkan byk masa bersamanya sejak hamil n selepas melahirkan anak. Namun aku tidak pernah melupakan dia. Tatkala berita itu ku dengar, luruh sungguh hatiku..terasa ada air hangat mengalir di pipi namun suara ku berlagak seperti biasa.. Cuma yg mampu aku katakan, susahlah kamu mahu melawat aku di sini lagi.

Kekadang aku dihimpit rs bersalah kerana kurang memberikan perhatian kepadanya. Rumah sewanya sahaja aku tak pernah pergi sedangkan dia ke rumahku beberapa kali..Kg orang tuanya pun aku tak pernah pijak walaupun dia penah di kgku menaiki Si Biru..sungguh aku rasa bersalah..Tetapi jauh di sudut hatiku, dia sahabat terbaik yg aku punya.

Justeru apabila sang sahabat dipindahkan bekerja n berumahtangga di daerah luar Lembah Klang, aku rs ralat..teringat dia sanggup lencun kebasahan ketika melawatku di Wad Bersalin 23 Feb lepas...sungguh aku rs begitu dihargai...mana mungkin aku mendapatkan sahabat sebaik itu.

Cuma selepas ini aku berharap walaupun berjauhan n mungkin agak sukar utk berjumpa ekoran tugas masing2, aku mendoakan dia bertemu ketenangan dan kebahagiaan di sana..Walaupun aku tidak mampu melakukan sesuatu yg boleh dibanggakan sebagai seorang sahabat namun jauh di subut hati, aku terlalu mengharapkan dia bertemu jodoh dgn lelaki yg akan membahagiakan dia dunia akhirat.

Utk sang sahabat, aku tahu kamu pasti membaca coretan ini...walau aku tak pernah meluahkannya secara serius di hadapan kamu..tp yang pasti aku mahu kamu tahu...yang aku sayang sgt pada kamu..7 tahun usia persahabatan kita biarlah terus berkekalan hingga ke akhir usia...Aku doakan terbaik untuk hidup kamu n satu pintaku, jgn lupakan aku...


Aku yg pilu~

Thursday, November 12, 2009

Pizza Hut Bangsar cam hampeh

Semalam aku g pizza nak celebrate besday si hubby..kitaorg sampai dlm kul 8.50 cenggitu n terus naik tingkat atas..Masa tu mmg ramai org n sbb nak tempat duduk tepi tingkat, kitaorg pun duduk la kat satu sit yg belum dikemas..maknanya bekas makan org masih bersepah atas meja.

Tggu punya tggu sampai 9.00 pm, takde sape ambik order n aku punya naik..Hubby pggil staff piza(aku rasa ada pangkat gak sbb pakai baju kaler biru..pompuan) utk ambil order..Korang tahu apa pompuan tu ckp..Boleh duduk sebelah sana tak? sbb kami tak cukup staf ada dua orang je...cenggitu la lebih kurang..

Aku n hubby berpandangan n rasa pelik gak..memandangkan tempat duduk yg ditunjukkan itu cam tak best n kat tgh2, aku n hubby malas le nak g sana...9.10pm, kitaorg tggu still takde respon n terus blah.

Aku report kat kaunter bawah n marah2 pastu dorang minta maaf. Aku bkn sengaja nak naik angin or sbgnya..tp cara pompuan tadi ckp tak sopan langsung. Dia cakap sambil jalan iaitu dari jarak jauh..n soal dorang tak cukup staff bkn masalah aku sbb korang tahu kan charge utk mkn kat sana pun tinggi kan>

Apa salahnya pompuan tu datang dekat n cakap elok2 dengan senyuman, bolehlah kitaorg consider tp cakap cam marah je..aku tahu le dia penat n kelam kabut tp customer always right. satu lagi yg buat aku tensen, dua org staff boleh buat dek je bila aku dok jeling2 suh dorang kemas meja...Apa salah dorang ambik dua plate utk 2 org n alihkan pinggan kotor kat meja sebelah kalau tak sempat sgt nak bawah g dapur...bkn susah pun...yg bertambah aku tensen..ambikkan sos untuk customer lain boleh lak sedangkan kemaskan pinggang kat meja aku punyala berkira..

Aku bkn nak marah tak tentu pasal tp mmg tak patutpun dorang layan customer cenggitu..dgn muka masam, marah n cam kita pulak yg salah...tobat pasni aku n hubby banned pizza...last2 kitaorg mkn kat dominos berhampiran..tak sampai 10 min pun, makanan dah siap n sedap lg dari pizza hut tu...

Wednesday, November 11, 2009

Sensitip

Entah kenapa aku rasa sensitip sejak preggy ni. Ada je perkara or perkataan yang ditujukan kepada aku walaupun dgn nada bergurau yg membuatkan aku terasa..kadang2 sampai menitiskan air mata..aku sendiri tak tahu kenapa...adakah disebabkan oleh perubahan hormon atau sebaliknya?

Berbalik pada perihal kehamilanku. Skrg usia kehamilan mencecah 6 bln namun ramai yg menegur saiz perutku yang agak kecil..Aku sendiri tak tahu nak jawab apa sbb bkn aku yg tetapkan semua itu.. masa kandunganku masuk 5 bln, aku dah scan dan doc menyatakan semuanya ok...saiznya kecil sbb badan aku kecil..cuma, apa yg aku harapkan semuanya sihat, selamat dan sempurna menjelang Mac tahun depan.Tak sabar rasanya nak menimang cahaya mata sendiri..


Monday, August 31, 2009

A sTep To MoTherHood

Wah..tgk tajuk entri mesti korang dah tau camner keadaan aku skrg kan...cumanya aku agak kemalasan utk update blog ni dgn keadaan diri yg masih lagi mabuk2..so, nak tgk pc lelama pun rasa fenin...aku cuma nak ucapkan berbanyak terima kasih pada korang yg mendoakan kebahagiaan aku selama ni..Syukur sangat2 atas rezeki yang tak ternilai ni..Doakan semuanya sihat, selamat dan sempurna sehingga aku melahirkan si comey Mac taun depan...

Sunday, June 28, 2009

Anak penyeri hati

Aku sebenarnya agak keberatan utk mencoretkan luahan hati berhubung tajuk entri ini kerana ia terlalu peribadi utk dikongsi..namun aku rasa sudah sampai masanya aku luahkan segalanya agar segala rasa di hati ini perlahan2 beransur baik.
Anak? Siapa tidak mahu mempunyai anak sendiri? Aku dan hubby tidak terkecuali utk mempunyai anak sendiri..darah daging sendiri, keturunan sendiri dan paling penting penyeri hidup kami yang diulit kesepian tangisan seorang bayi..namun, apakan daya, rezeki itu masih belum menjadi milik kami.

Peringkat awal, aku menjadi terlalu paranoid dan sensitif apabila soalan2 nakal berkaitan anak menerjah cuping telingaku..bermacam versi aku dgr sehingga sampai tahap ada dalam kalangan rakan2 ku hambur kata2 agak kasar...tidak kah mereka tahu bahawa itu semua bukan ketentuan yg boleh aku aturkan sendiri? Sedarkah mereka2 ini bahawa ketentuan itu adalah datangnya hanya dari yang maha KUASA?
Ah...itu cerita dahulu semasa emosi dan hatiku menjadi terlalu sensitif..kini aku merasakan aku sudah boleh menerima ketentuan bahawa masa untuk aku bergelar ibu belum kunjung tiba..ALLAH maha adil, pasti setiap keputusan, setiap ketentuan yang diutuskan untukku ada hikmah di sebaliknya. Aku pasrah..Memang mungkin belum rezekiku lagi.
Di satu sudut, ramai yang menyatakan usia perkahwinanku setahun lebih ini masih awal untuk berasa bimbang soal mendapatkan anak namun sebenarnya lagi ramai yang bertanyakan bila mahu dapat anak? Aku hadir ke majlis perkahwinan rakan lama kelmarin..bertemu dengan ramai rakan di tempat kerja lama..semua soalan yang diajukan ...Kamu dah ada anak belum? Bila nak ada anak ni? bla--bla...tiada seorang pun yg memulakan soalan dengan pertanyaan Apa Khabar?
Alhamdulillah, aku dapat tanganinya dan tidak lagi lari ke toilet utk menangis spt selalunya. Jawapanku mudah..Belum ada rezeki dan masih 'honeymoon'...yg penting kami bahagia...aku sendiri tak pasti dari mana dapat kekuatan itu namun selepas majlis tersebut, aku sedar...kehadiran hubby banyak memberikan aku semangat yg kuat...Aku teringat kata-kata seorang senior ketika datang ke HQ beberapa hari sebelumnya. Dia menyatakan segala yang berlaku adalah ketentuan yang perlu kita hadapi...kita mesti pasrah dan redha dengan ujianNYA...Dia juga belum dikurniakan cahaya mata selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.
Tentu kalian berasa hairan mengapa aku tidak menjalani rawatan dan pemeriksaan di klinik pakar..Bukan aku tidak mahu tetapi ada saja halangan yang menimpa..pertama, aku diminta pulang terlebih dahulu kerana doktor pakar tiada diklinik...dan apabila ditanya, doktornya adalah lelaki...hubby terus tak setuju..Keduanya, selepas hubby setuju dgn keadaan tidak berapa rela, doktor pula buat hal..Dia melemparkan failku di atas meja selepas aku beritahu aku pernah mengambil pil subur sebelum ini. Tindakan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada seorang doktor klinik biasa yang turut menawarkan khidmat sakit puan.....Tindakan doktor pakar itu yang meminta aku balik dan datang lagi enam bulan membuatkan aku terkesima...Aku hanya mampu menangis di dalam kereta sepanjang perjalanan balik..bukankah dia sepatutnya memberikan kata-kata semangat dengan nada yang lebih lembut...aku rasa diriku dimalukan di hadapan staf klinik dengan suara yg kuat...sejak kejadian itu, aku jadi agak tawar hati untuk ke klinik pakar lagi.
Aku lebih bertumpu kepada proses berurut dan mengambil Folic Acid sambil berdoa...teringat kata-kata kakak sepupuku yang dia hanya berdoa dan melakukan solat dhuha sepanjang sembilan tahun sebelum disahkan hamil..Selepas habis pantang anak pertama, Allah memberikan dia rezeki lagi..Kini dah sepasang anaknya...Sebenarnya aku bukan berputus asa untuk jalani rawatan dan pemeriksaan namun selepas aku bertanya dari hati ke hati, hubby aku masih belum bersedia ke arah itu..tak guna juga utk aku memaksa dia kerana kemungkinan dia tidak ikhlas untuk itu...
Kini, aku hanya menyandarkan sepenuhnya dengan berdoa kepada DIA untuk mengatur perjalanan hidup ini..Aku tahu amal disertai dgn usaha itu penting namun, aku tidak mahu mementingkan diri sendiri dengan melukakan hati insan yang aku sayang semata-mata untuk seorang anak...Kalau belum lagi sampai masanya utk aku mempunyai anak,aku redha dan terus berserah kerana setiap keikhlasan itu perlu dalam sebuah kehidupan...Bila hubby dah bersedia dan emosi aku kuat untuk menerima keputusannya, aku akan pergi jua.
Walaupun luahan ini sepatutnya terlalu peribadi untuk dikongsi namun aku punya satu tujuan..Aku perlukan DOA kalian...aku perlukan pertolongan kalian...Sampaikan permintaan hatiku ini kepada seluruh ahli keluargamu dan kawan-kawan terdekat untuk menDOAkan perkara yang baik berlaku ke atasku dan hubby...makin ramai yang berDOA, diharap dipermudahkan rezeki itu kepadaku....InsyaALLAH...

Thursday, May 28, 2009

Muslimat hanya utk PAS?

Beberapa minggu lepas, aku membuat liputan sebuah kawasan. ketika mahu balik, aku terserempak dgn sekumpulan wanita bertudung labuh dan menyapa aku.
Aku tanya dari mana. Jawab salah seorang dari mereka dari Muslimat......(nama tempat). Aku tanya lagi, Muslimat? dgn nada kehairanan..Dari PAS ker? Jawab dia lagi.. Ye..muslimat kan PAS, dari mana lagi (lebih kurang begitulah bunyinya)...Aku terpinga-pinga? Muslimat gelaran utk wanita Islam dari PAS ker? Aku ni bkn muslimat ker? Aku rasa mereka dah boleh nak andaikan semua orang tahu Muslimat merujuk kepada wanita dalam PAS..
Bukan ke Muslimat itu maksudnya wanita yang sama2 berjemaah di masjid...Golongan Muslimat solat jemaah di masjid..pening aku...tulun..tulun

AlHamDuLillAh...by Opick feat Amanda

Ada UnTuKmU-nUbhAn