Thursday, December 11, 2008

KeteNangan BagaImAna HaRus DiCaRi

Krisis pekerjaan semakin menghantuiku..aku jadi cemburu melihat kesenangan rakanku yang kini nun jauh di Sabah. Dia mengambil keputusan resign setelah merasakan tiada lagi kedamaian bekerja. Ah...aku jadi penasaran. Dengan bermacam2 peraturan baru dan penambahahan syarat dalam pekerjaanku skrg menjadikan aku tidak betah lagi untuk bekerja di tempat kerjanya sekarang ini. Aku seronok bekerja tetapi pengurusan kebajikan pekerja dan pengabaian yang ku rasakan agak keterlaluan membuatkan minatku utk menulis dan semangat utk memaparkan berita terbaik terus terhakis.
Aku jadi bosan dengan peraturan manusia yang acapkali berubah mendadak. Dahulu dibilang lain, sekarang pula dibilang lain. Apa boleh buat. Sudah terjebak dalam kerja ini, tahan saja lah...tambahan pula gaji agak lumayan dengan tiada kos pengangkutan. Mana nak dapat? Entahlah. Kekadang aku rasa bekerja memerlukan ketenangan dan kedamaian. Tak semestinya sibuk bekerja itu tidak tenang tapi ia bergantung kepada persepi dan terjemahan seseorang itu sendiri.
Aku cuma mahu kerja yang tidak terlalu menekan aku dan memberikan aku arahan sesuka hati. Tapi adakah kerja seperti itu? Ah..kekadang rasa rindu dengan tempat kerja lamaku...walaupun tekanannya hebat dan beberapa ketika air mataku mengalir keluar, namun aku timba begitu banyak pengalaman. Aku dihantar ke luar kota untuk tugasan sekaligus meluaskan pandanganku...tetapi kerja sekarang ini..tiada peluang utk itu..Aku jadi menyampah setiap kali mahu berlibur, terpaksa menyediakan stok story..hinggakan utk cuti tahunan pun begitu.
Memang secara jelas menampakkan ******** tapi apa boleh buat...bak kata bos tempat kerja sekarang ini. U take it or u leave it...Mudahnya orang kaya berkata begitu. Baginya, soal pekerja perkara mudah. Satu pergi beribu yang datang. Katanya ramai lagi orang di luar sana yang butuhkan pekerjaan. Ah, ketepikan soal bos yang sudah kaya raya tetapi masih ***** dengan pekerja sendiri itu.
Sebelum ayat2ku terus bermaharajalela, aku lahirkan rasa lega kerana akhirnya aku berjaya membuka blog ini.. sudah berbulan aku tak dapat membukanya kerana terlupa password dan bahana yang menanti, pastinya rasa terseksa kerana luahan hanya mampu ku pendam..
Aku lanjutkan cerita perihal pekerjaan ku sekarang ini. Secara jujur, aku sudah tidak betah lagi untuk terus bekerja di sini tetapi demi suami dan keluarga tersayang, aku gagahi jua. Minat dan tanggungjawabku entah hilang di mana. Puas ku pujuk hati dan ku rawat rawannya duka sendiri namun rasa menyampah terus meluap-luap.Aku tahu alangkah berdosanya kerana tidak bertanggungjawab dgn kerjaku sendiri. Kerja yang menyalurkan aku wang utk menampung kehidupan seharian dan sekarang baru ku sedar, kerana jiwa sudah tidak ada di sini, maka wang gajiku saban bulan asyik tidak cukup. Kira-kira entah ke mana perginya.
Semua ini berkisar kepada satu ketenangan. Aku butuh ketenangan dan kedamaian. Gangguan di rumah ketika jari sedang ligat menyusun kata menyebabkan aku seringkali tertekan. Aku perlu ruang kerja tetapi rasanya itu semua tak mungkin aku kecapi di tempat kerjaku sekarang. Tambahan kiranya aku di transfer ke HQ, tak mungkin aku beroleh kedamaian kerana terpaksa berebut PC setiapkali mahu menaip cerita..Ah, hebat lakonan dunia. Serba serbi ada dugaannya.
Kini, aku menghitung bila saat tepat utk aku menulis surat perletakan jawatan. Hatiku masih berkira-kira..Hutang kereta RM600++, rumah dan bil2 RM 300++, belanja dapur RM 300++, loan ptptn, perabot dan personal RM500 ++ (itupun kekadang loan PTPTN aku buat tak nampak je), mak, mak n bapak mertua bla bla...memang tidak mencukupi sekiranya aku berhenti kerja sekarang..Apa harus ku lakukan kalau tidak menjadikan catatan ini sebagai luahan terpendam...
Menyedari segala hal seperti ini, aku rasa elok aku tangguhkan dulu sehingga aku mendapatkan pekerjaan lain yang lebih tenang. Tenang bukan bererti bergaji besar tetapi cukuplah sekadar aku mempunyai ruangan sendiri, masa kerja dan cuti tetap tanpa terpaksa menyiapkan stok, berlibur menghabiskan cuti tahunan, dapat bayaran kerja lebih masa n bla bla...yang tidak dapat ku perolehi daripada kerja sekarang..Wahai kalian yang bijaksana yang membaca coretan ini, sudilah kiranya menitipkan pandangan utk aku terus melangkah tenang ke hadapan.

Thursday, October 23, 2008

Andai Ku Tahu....

Andai Ku Tahu
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka… Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Mendengar dan menghayati bait-bait lagu ini membuatkan aku takut untuk menghadapi kematian. semua orang akan mati dan perkara itu memang pasti. Takut kerana dosa yang ku kumpul tidak terbilang banyaknya. Entahlah. Manusia kerap melakukan dosa dan jarang mahu membersihkannya. Di saat kekalutan berlaku dalam urusan keje, acapkali aku merasakan diriku paling teruk diberi ujian sedangkan di luar sana ramai lagi yang dugaan dan ujian berat bertimpa-timpa berlaku Lagu ini gambaran tepat utk diriku sendiri. kesilapan demi kesilapan sering aku lakukan tanpa rasa bersalah. Dah tiba waktunya aku kembali merenungi kekhilafan diri dan melangkah maju kehadapan..Maju dalam menunaikan perintah agamaku. Mungkin kalian boleh membantuku utk aku menunaikan solat lima waktu dengan cemerlang. Selalu sahaja terbabas terutamanya waktu dinihari membuatkan aku kesal dan sesal dengan diriku sendiri.

Thursday, September 18, 2008

Engkau yang bernama sahabat

Agak lama aku tidak menulis di sini dan malam ini, bila hatiku terguris dengan perihal seorang sahabat, timbul idea utk aku memasukkan idea mengenainya. Entah mengapa sahabat yang baik sukar utk ku temui di dunia ini..Mungkin ada tapi mungkin juga tiada. Dari zaman persekolahan lagi, aku sering dimainkan sahabat sendiri dan kesannya, aku tak punya ramai kawan sekarang ini. Bukan tidak mahu meluangkan masa bersama, tapi rasa pedih begitu terasa di kala aku cuba merapati seseorg yang digelar sahabat. Teringat aku semasa di sekolah rendah, aku mempunyai seorang sahabat bernama Fetty, Suhaili dan Zainun. Kemana sahaja berempat sehinggakan sekiranya ada rombongan sekolah, kami bersama.Saat itu, aku rasa bangga dan gembira kerana mempunyai sahabat yang sudi berkongsi suka dan duka..tapi persahabatan itu tidak lama tatkala masing2 menginjak ke tingkat menengah. Dua di sekolah menengah kebangsaan yang jaraknya antara 5-6 kilometer daripada rumah aku, seorang di sekolah agama yang jaraknya 500 meter daripada rumahku tapi aku jauh disekolahkan mak, lebih 22 kilometer di satu2 sekolah perempuan di Kuala Pilah...Aku begitu memberatkan soal sahabat sehinggakan walaupun sekolah berjauhan, aku masih betah menghubungi mereka dan rakan paling akrabku Fetty paling lama bertahan bersahabat dgnku..Aku masih ingat dia pernah menyatakan kesemua suratku disimpan rapi di dalam almari besar..begitu besar makna sahabat bagiku..tapi tahukah kalian, Fetty hanya mengirimkan tiga keping surat utkku sedangkan utknya berpuluh-puluh banyaknya.Aku tak mengeluh kerana bagiku..begitulah sahabat..mesti ada yang perlu dikorbankan. Hubungan dengan dua org lagi sudah lama berakhir..aku sudah tidak betah lagi mengirim kad raya kepada mereka sedangkan utkku...kosong..aku juga sudah letih mendail no telefon mereka sedangkan tiada deringan utkku...Sampai satu tahap aku harus menamatkan semuanya daripada hatiku jadik remuk..Persahabatn bersama Fetty walaupun tidak lagi diselitkan dengan gurau senda di telefon dan surat2 pencetus semangat tapi masih lagi berjalan cumanya tidak seakrab dahulu...
Di tingkat menengah, aku mula berkawan dgn ramai orang sehinggakan di tingkatan tiga hingga lima, aku berada dalam satu group. Kiranya semua orang dalam kelas mesti ada group sendiri. Di sekolah menengah, aku rasa gembira kerana mempunyai ramai kawan tapi kwn yang bernama sahabat tidak muncul tatkala itu. Seperti biasa, aku yang kerap menghubungi mereka utk bertanya khabar, bertanyakan kerja sekolah...menziarahi rumah mereka, ke perpustakaan bersama..tapi bagi pihak aku? Tiada...maksudnya. Tiada seorangpun dalam group aku ke rumah aku semasa zaman persekolahan..termasuk hari raya..sedihkan..tapi aku gagahi atas nama sahabat...cumanya bila tamat belajar, ada dua orang kawan yang sudi datang ke rumahnya semasa hari raya..aku hargai jua kerana akhirnya mereka sudi ke rumahku...Pastinya kalian tertanya apakah perkara yang cukup membuatkan hatiku remuk..seseorang yang ku anggap kawan baik membelakangkan aku dalam urusan menghantar permohonan ke politeknik selepas SPM..langsung tidak memberitahuku dan mempelawaku sekali dan aku hanya mengetahuinya dari mulut kawan lain..Bayangkan betapa remuknya hatiku ketika itu..Tapi tuhan maha adil, aku mendapat kekuatan dengan memohon memasuki Matrikulasi..dalam tiada sebarang harapan, tuhan itu memberikan aku kejayaan..Sungguh tak ku sangka..sedangkan kawan yang tadi tidak berjaya pun...Dari situ, hatiku mula tawat untuk rapat dengan kawan2 lagi..
Masuk dimatrik, dugaan kawan menjelma lagi..satu semester aku berendam air mata kerana dipulaukan.Secara jujur, mungkin caraku tidak dapat diterima oleh mereka kerana aku suka bercakap berterus terang....manusia sukar utk menerima kelemahan diri masing2..aku bertahan dan mak jadi sasaran..berkat doa mak..semester kedua, semasa kami berpindah ke asrama baru, akhirnya aku bertemu dgn kawan2 yang begitu memahami dan baik..bimbang hati terluka, aku hanya berkawan bukan bersahabat...gelak tawa, belajar bersama2 sehingga tamat matriks...semester kedua adalah musim matriksku yang menyeronokan..takut hati dihiris sembilu kali kedua, aku tidak memanjankan 'perkawanan' itu selepas habis matriks..ada yang masih keep in touch dama friendster tapi kebanyakkannya hilang tanpa khabar berita. Aku mula bermuhasabah diri...tuhan memberi kepayahan pada permulaan dan mencetus sinar bahagia pada akhirnya...
Di universiti. aku rapat dgn rakan sebilik..dari tahun pertama hingga ketiga..dia yang menjadi kawan wayangku, kawan dalam hidup seharianku..daripada aku asyik terluka dengan perbuatan n kata-kata kasarnya, aku jadik memahami dia..sekarang masih berhubung walaupun tidak serapat dulu. Jarak memisahkan kami..cumanya aku tidak menyebut dia sahabat kerana dia tidak sanggup seperti aku..Bukan meminta balasan tapi, jika aku tidak mulakan dahulu, dia tidak memulakannya. Jujurnya aku terkilan krn dia tak dapat hadir ke majlis perkahwinanku dulu sedangkan zaman belajar bermati-matian berjanji akan menghadiri hari bahagiaku..maklumlah aku kawan baiknya..Alasan terpaksa bekerja digunapakai dan aku pasrah..Apa boleh buat..Semasa dizaman U inilah, aku rapat dgn seorang kawan pada tahun pertama..sebelum aku rapat dgn kawan yang seorang lagi..Awal tahun kedua,hubungan kami jadik begitu serius..serius kerana berantakan...Org yang aku percaya sanggup menikam aku dari belakang...Dalam aku kesedihan akibat putus cinta,dia mengambil kesempatan berbaik dengan bekas teman lelakiku itu..Alasannya mudah..ingin menyatukan kami berdua semula..Aku terima alasannya tetapi rahsianya terbongkar bkn keluar daripada mulutnya sendiri walhal berkali aku tanya adakah dia menghubungi bekas teman lelakiku itu sebelum itu...Aku cukup tak suka dengan orang yang hipokrit..terluka hatiku lagi.
Menginjak ke zaman pekerjaan, lain pula jadinya. Aku baik dengan beberapa kawan yang bagiku sudah beerti. Sampai satu tahap aku menganggap mereka sahabat yang aku cari. Ku ceritakan perihal kwn2 dahulu yang menyakitkan...Tapi langit tidak selalunya cerah..Kerana segugus kunci, hatiku diguris begitu dalam..Menangisku seorang diri..ku luahkan pada kawan yang sorg lagi..masih bersisa sakitnya gurisan itu. (sehari slps itu, aku mendapat khabar bahawa kwn yang aku berkongsi luahan itu seolah tidak mempercayai kata2ku) Tatkala itulah, aku kesedihan, tuhan anugerahkan aku lelaki yang begitu memahami yang kini bergelar suamiku..ku luahkan segalanya kepadanya.Itu saat paling sukar dalam hidup sepanjang mencari ketulusan hati seorang sahabat. Tidak perlulah kalian tahu apa yang telah dia lakukan sehingga lukanya sehingga kini masih bernanah...dan sehingga kini aku tidak sudi utk mengambil tahu perihal dirinya..
Aku bertukar keja dan ternyata percaturanku banyak negatif daripada positifnya. Aku jadi bertambah penasaran. Dan kali ini aku terluka dengan kata-kata seorang kawan yang ku anggap seperti seorang kakak yang aku turuti kata-katanya. Banyak kali aku ditegur dengan cara sindiran sinis yang begitu menyentuh hati..aku tahankan krn persahabatn perlukan pengorbanan. Tak pernah dia kalah dalam kata2 dan aku sendiri rela dikalahkan. Kadangkala aku berfikir kawan seperti inikah yang aku perlukan dalam hidup? (Pada pendapat kalian, sekiranya aku cemburu dengan kesenangan orang lain iaitu kwn2 lama dan aku di cop sebagai dengki? adakah itu betul?)..Malam ini, aku mahu berfikir sedalam2nya.Suamiku menyatakan jangan sesekali mempercayai kawan kerana suatu hari nanti, dia akan jadi racun berbisa..aku agak tidak mempercayainya kerana bagiku kawan itu penting...
Entahlah, kadangkala bersahabat dgn lelaki lagi mudah n itu mengingatkan aku pada seorang sahabat lelaki yang begitu baik padaku...Aku butuhkan pendapat kalian dalam menyelesaikan kemelut ini. Bak kata suamiku..hanya ahli keluarga kita yang boleh dipercayai untuk dijadikan kawan dan sahabat..Benarkah?

Monday, August 18, 2008

Minat vs Cita-cita

Perh..lately ni minat untuk menulis sudah berkurangan..aku tak tahu mana perginya semangat waja aku sblm ni..mcm2 tekanan yang aku hadapi sekarang..teruja untuk memulakan perniagaan begitu membuak sampaikan aku rasa malas nak buat keje...nak create story buat aku pening kepala..sikit haribulan dapat surau cinta dari lawyer..berbalik pada semangat...rutin hidup aku dah banyak berubah..aku banyak habiskan masa dengan hubby aku..kdang2 sampai takde life sendiri untuk kekawan tapi xpelah, dah namanya laki..lagipun dia banyak beri sokongan n motivasi pada aku...cuma aku je dok malas nak buat keje..macam2 masalah bertimbun2 sampaikan aku letih dok pk mslh orang...minggu ni aku g cover mesyuaratumno satu cawangan je..tupun lepas ambil gambar n record speech ketua bahagian, aku blah...kepala aku fening n cam rasa nak pitam je..aku rasa lauk kenduri kahwin tuh tak sesuai dgn tekak aku kot...selama ni dok mkn lauk masak sendiri n bila kenduri kawin, dok yg katering..la ni,,gotong-royong mesti ada beza kan...rasa pening, nak pitam n demam membuatkan aku tak dpt nak gi assg belah malam...kesian dorang dok tunggu..berbalik pada kenduri kahwin yang aku g sebelah petangnya..perh..aku terkezut giler bila orang rumah ang tu cuma tua setahun dari anak yang kahwin tuh...alohai...patutlah nampak muda pastu mulut aku punyalah cabul tanya yang bini dia muda..cam pangkat anak lak..cuba bayangkan..si perempuan 23 tahun n si ayah pengantin 49 tahun...bestlah abg sam tuh..dapat pucuk muda..aku bkn nak mengata tapi moralnya kat sini..kalau nak bahagia...umur bkn jadi penghalang....janji saling memahami..jumpa lagi..tata...

Tuesday, July 22, 2008

BeNci, Suka Or GeRaMmm

Susah tuk aku nak memulakannya. konflik dalaman dala keje aku ni makin meruncing. Puas aku cuba buangnya jauh2 tapi aku tak mampu..agaknya fikiran aku ni sudah di set supaya terus membenci politik kot....Aku sbnrnya tak suka buat cerita, ambil tahu pasal politik...aku jadik betul2 tak suke..arggg..aku tahan diri setiap kali bersama YB baru padahal dalam hati..boleh belah lah..kerana tanggungjawan pada keje aku gagahi jua..dari dulu, aku jadik menyampah dgn politik..aku masih ingat, pada hari pertama aku cover ceramah perdana PAS, dgn melanggar etika kewartawanan, aku cakap pada orang yang aku interview tu, aku memang tak suke, tak reti n tanak tahu pasal politik..tahu siapa org tuh? Badrul Hisham, calon pembangkang yang dikalahkan oleh KJ pada PRU12 Parlimen Rembau? Aku boleh cakap macamtu n muka dia pun takde respon apapun...Dah memang tak suke, macamana nak cakap suke? kadang2 aku nak je menjerit bagitahu pihak pengurusan yang aku nak bertukar ke bhgn majalah...seronok rasanya kalau dapat tulis cerita pasal fesyen remaja n wanita bertudung macam majalah Nur n Dara..tapi rasanya peluang ke arah itu amat tipis..rasa menyesal aku bgtau pengalaman keje aku masa di RTM dulu, kalau tak..mesti ada chance..nak buat macamana, bkn boleh ditarik balik pun..berbalik pada cerita politik...aku jadik menyampah setiapkali melangkah ke penjabat UMNO Bahagian..mesti ada cerita kurang enak aku dengar...aku jadik tertekan setiapkali mengekor YB...lagi menyampah kalau aku kena interview dia...alangkah bagus kalau PA dia buat press release..senang keje aku...lagi menyampah kalau aku kena tanya isu hangat skrg ni...apa lagi kalau bukan isu Liwat..arggg..semua benda ni buat aku menyampah....rasa hidup ni tak tenang...macamana ye aku nak terus jadik hipokrit pada diri sendiri..tulisan dalam akhbar cakap lain..dalam hati menjerit benda lain....bila blh aku lari dari semua ni?..Bekerja dgn org politik ni banyak ragam n karenahnya, kadang2 prka yg kita xnak tahu pun kena tahu..paling tensen, semalam aku terima email dr editor..wah..suruh cover mesyuarat umno cwgn..amboi...rasa seksanya aku dgr semua tu..boleh tak aku jadik reporter penduduk aja? Semua benda ini buatkan aku ringan jari je nak taip surat RESIGN..tapi dgn gaji sekarang n kemudahan yang diberikan, rasanya tak mungkin kot..tapi macamana dgn kehendak hati aku sendiri..orang tua2 bilang ikut hati mati, ikut rasa binasa..dgn usia yang dah melepasi remaja ni, aku rasa dah agak lambat utk aku mengumpul harta...aku mahu bekerja tanpa perlu mempedulikan arahan org lain..aku nak buat bisnes..tapi enggak ada modalnya..bagaimana..skrg ni...bisnes sub pun susah nak dpt customer...adoidoi...siapa nak tempah kad kawen n pakej kawen dalam masa terdekat ni..dah ada sorang yg sangkut tapi la ni dok diam. tak komfemkan..macam tak jadik je...arggggg...apa2lah...aku maleh nak pk banyak, so, utk ketenangan jangka pendek, aku luah je dalam blog ni....tak mudah jadik wartawan k.......

Tuesday, July 1, 2008

AnTara MiNat dan TanggUngJaWaB

Konflik keja yang aku hadapi skrg membuatkan aku kembali merenung dan berfikir perkara yang lepas. Banyak pengalaman dan benda yang aku belajar sejak menjadi skuad cakna since Sept 2007. Walaupun penghijrahan aku dari RTM dulu atas dasar utk mendapatkan life yg lebih baik, tetapi sbnrnya aku dah terperangkap. Terus terang aku masih belum boleh sesuaikan diri dgn keja ni. Aku sbnrnya tak pandai manage masa...every day, aku mengharapkan nasib supaya dapat story..keje ni sbnrnya best kalau aku tak terhimpit dgn bebanan kos hidup yg semakin meruncing..kenaikan harga minyak mendadak membuatkan aku rasa nak balik kg n menjalani idup di sana tetapi kalau dah sebati dgn KL susah nak pindahlah..lebih2 lagi bila dah kawen ni..bila aku pressure aku selalu teringatkan penang...tak tahu macamana aku nak gambarkan bahwa penang tempat paling indah n menenangkan jiwa aku...hampir 4 tahun kat sana..menjalani suka duka kehidupan dan aku masih boleh katakan itu tempat yg mendamaikan jiwa aku...tinggalkan penang dulu sbb lepas ni aku akan citer kehebatan tempat tu..berbalik pada konflik keje yg aku alami skrg ni....kadang2 rs nak quit sbb **********tp aku bertahan demi cinta dan tanggungjawab dalam bidang ni...jauh di sudut ati aku, aku nak stop sbb rasa bersalah dgn setiap story yg aku buat..as reporter aku melaporkan apa yang aku dgr n lihat,,,tapi kadangkala aku TERPAKSA hipokrit sbb melindungi sesuatu perkara.story politik yg paling aku menyampah..since jadik skuad cakna ni..aku dapat tgk karenah org politik yg byk bermain wayang..Baik UMNO, PKR, PAS or DAP..aku sbetulnya tanak ambil tahu, tapi terpaksa ambil tahu...entahla, kadangkala aku jadik tempat orang meluahkan perasaan itu ini lah..sedangkan tahulah mereka aku adalah insan biasa..argg..citer bab politik memang sesuatu yg paling rumit...aku tak tahu sape yg betul sape yg salah..setiap parti ada kelemahan n kekuatan...walaupon aku reporter, tapi sejak umo 21 thn lagi, aku tak penah mengundi n takkan mengundi sebab bagi aku masih belum ada satu parti n satu org pon yang membuka hati aku utk mengundi mereka..dgr, lihat macam2 laporan tentang parti ini parti tu buat aku seram sejuk..dan pastinya aku terheret sama..bidang kewartawanan ini unik sbnrnya, sume org waima pm pun respek dgn wartawan tapi kebanyakan org kat dunia ni tak faham tugas wartawan sbnrnya...mereka selalu ingat wartawan ni nak dedahkan benda aib n jaga tepi kain org sedangkan aku as reporter tak hingin pon nak tahu 'apa dlm kain' diaorg...baik aku tengok wayang ker, main boling ker...tapi atas dasar tanggungjawab n amanah, para wartawan terpaksa gagahi juga walaupun berdepan seribu onak duri..tahukah yg seorang wartwan berisiko tinggi kehilangan nyawa kalau cerita yang ditulisnya menyakitkan hati orang? aku sebolehnya seronok dgn cerita kemasyarakatan yang aku dok buat skrg walaupun kualitinya hampeh n xde value tapi itu lagi baik daripada aku memperjudikan nyawa aku...aku mungkin bukan wartawan yang bagus, berani n gagah macam sesetengah org tapi yg pasti aku menulis kerana minat dan rasa tanggungjawab...skrg ni pon aku hold kan story yang menghentam org n tak masuk akal..kadang2 manusia ni banyak ragamnya..,bekalan air terputus sehari pun dok heboh call aku suh cover..padahal ia tak de value..tahu kenapa aku cakap macamtu sbb..air takde benda biasa..begitu juga kalau elektrik takde..lainlah kalau bekalan elektrik n air tu takde sbb ada org putuskan kabel ker..lori langgar tiang elektrik ker..or etc yg penting...arrgg..boleh giler rasanya melayan kehendak orang yang pelik2 ni...jadik reporter best sebenarnya n mencabar tapi aku tersekat sbb aku ada famili kat sini..kalau nak buat citer gempak, ia akan mengancam nyawa famili aku nanti..lainlah kalau mak dok kg n aku still available lagi..hehe...sbrnya byk benda nak kongsi pasal keje ni tapi aku posting lain kali lah ye...byebye

Friday, June 13, 2008

AlHamDuLillAh...

Bila dengar lagu ni kat drama sinetron anakku bukan anakku, tv3, aku jadik minat dengan lagu ni. sungguh indah n syahdunya membuatkan aku jadi sedar bahawa hidup ni kita perlu bersyukur atas apa yang ada. Aku teringatkan konflik dalaman yang aku hadapi berhubung soal kerja yang aku buat sekarang ini. Hati dan jiwa aku dah tak ada untuk kerja ni. Bukan setakat keje ni je tapi bidang kewartawanan sendiri.Aku jadi hilang minat memandangkan situasi negara sekarang termasuk soal politik, kenaikan harga minyak n barang dan macam2 lagi yang membuatkan aku jadi serba salah dan berdosa untuk teruskan kerja macam ni. Tulisan yang aku tulis dalam paper sedikit sebanyak mempengaruhi orang dan sekiranya ia mendatangkan keburukan n aib dalam sebelah pihak, aku juga yang akan disoal di Akhirat kelak.Kelmarin, aku kena marah dengan seorang penduduk yang kononnya memberitahu aku tak beri kerjasama dengan dia..padahal dia tak penah call n leave sms untuk aku. Yang buat aku terkilan, dengan berjubah dan bertudung labuh, dia tegar memalukan aku dpn orang. Manusia jenis apakah dia itu sehingga menjatuhkan maruah orang. Tak pernah selama empat tahun lebih aku bergelar wartawan aku diherdik sedemikian rupa. Paling terukpun aku kena tolak je..Paling memalukan dia orang ISLAM dan bangsa aku sendiri. Alangkah bodohnya dia bertindak sebegitu. Aku datang dengan niat yang baik, nak tolong penduduk yang tak dapat rumah PPR tu dengan menyiarkan masalah diaorang dengan harapan DBKL dapat berlembut hati memberikan seunit rumah PPR. Aku tengok dari jauh anak-anak kecil akak tu membuatkan aku jadi pilu. Tapi tanpa sempat aku membuka mulut, aku diherdik sedemikian rupa. Kalau sebelum ini dia pernah call aku n aku lupa nak return call, kenapa dia tak sms aku...akupun manusia biasa, tak pernah lari daripada kesilapan. Sehari ramai yang call, mengadu itu ini...mana lah aku ingat semua..lebih2 lagi aku sudah berumahtangga sekarang. Makan pakai suami kena jaga. Apapun, tak guna mengenang barang yang lepas, aku tak mungkin dapat maafkan orang itu selagi dia tak minta maaf pada aku. Daripada rasa simpati pada mangsa keadaan yang tak dapat rumah, aku jadik benci plak dengan keluarga itu. Aku diherdik tetapi diaorg wat tak tahu je..Aku cuma nak tolong dan kalau rasa macam dah bagus sgt tak perlukan aku, aku lagi tak heran..apapun, pengalaman diherdik, di tengking semasa hari terakhir kontraktor merobohkan rumah panjang KTM Pantai Dalam akan membuatkan aku lebih berhati2 menilai orang. Tak semua yang nampak BAIK itu BAIK dan tak semua yang nampak TAK BAIK itu TAK BAIK. ALLAH maha adil. Cuma aku rasa malu sebab menangis dengan Kak Jem..aku tak boleh nak tahan perasaan sedih ketika itu..aku bekerja tak DIBAYAR OT untuk kerja lebih masa.Pandai2la adjust masa sendiri tapi ini yang aku dapat dari masyarakat? Argg..biarlah orang tu sedar sendiri..sesungguhnya ALLAH maha mengetahui..Amin

Monday, June 2, 2008

KhAs Buat SuAmiKu TeRsAyAng

DeDiKaSi KhAs UnTuk SuaMi TerSaYang...
MoHaMAd TaRbUSi HusSin
Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusanS
ekeping hati suci
Aku...Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku...Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku...Sayang dirimu (menyayangimu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya
Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita
"Abg..TerLalU dALaM cIntA sAyang Utk aBG..SaYang HaNyA MaHUkAN Abg DaN saYangKan Abg SeOrang Je..."

Sunday, June 1, 2008

Bestnya kalau hidup ini aman damai

Wah, akhirnya aku berjaya ada blog sendiri..best gak bila ada blog sendiri..apapun aku tak nak citer panjang pasal benda ini. utk kali ini, aku takde idea nak tulis panjang2 cuma aku berharap sangat hidup aku diberkati n dirahmati Allah..best sebenarnya hidup ini kalau kita tahu menghargainya...

AlHamDuLillAh...by Opick feat Amanda

Ada UnTuKmU-nUbhAn