Sunday, April 26, 2009

Paksaan VS Rela

Dua hari lepas aku terima SMS dari tempat kerjaku. Dengan sayu aku membaca isu kandungan SMS itu. Nama anda terpilih utk mengikuti kursus ESQ pada 1-3 Mei di PWTC. Wajib..Argggg..saat2 yg aku benci datang jua...itu bermakna aku kena menyiapkan stok story utk tiga hari advance..ayoyo...story hari2 pon rasa seksa nak buat.
Bukan aku tanak g tapi kalau hati n jiwa aku dok pk benda lain, rasanya leh berkesan ker kursus spiritual tuh...aku byk baca berhubung kursus ni n kos utk join mencecah 1k+++. Baiknya bos aku habiskan duit ribu2 utk sorang staf...sebelum aku dok melalut pasal unsur paksaan ni, aku teringat komen pedas seorang rakanku..ini berhubung soal bonus yang tidak kunjung tiba sehingga kini.
Lazimnya, bonus akan dberi pada awal bulan April. Thn lepas aku dapat bonus RM5OO(famili aku terkejut sbb bonus ni sikit sgt..akak aku keje kilang pon leh dapat bonus sampai 2K++) pada 20 April..tapi hari ini dah 26 April masih xde bayang bonuspun. Terus si rakan yang tadi membuat kesimpulan bahawa bonus tiada kerana bos dah guna duit tuh utk hantar staff dia g kursus...hehe..aku pun tak tau betul ke idak..itu kata rakan ku tadi.
Berbalik soal paksaan tadi, aku sebenarnya rasa tersangat menyampah utk pergi kursus tuh sbb terlalu banyak publisiti mengenainya...kadangkala perkara baik tak perlu hebahan keterlaluan krn boleh jadik riak..kalaupun aku nak g biarlah dgn keikhlasan n ketulusan hati aku sendiri bkn dipaksa oleh sesiapa..lagipun kalau guna duit sendiri, aku rasa lebih hargai kursus itu..tapi sekarang apa pilihan yg aku ada..mahu tak mahu kena g gak..tp kena wat stok story dulu..argggg

Wednesday, April 15, 2009

Kedai Kami Impian Kami

Akhirnya aku berjaya beli beberapa keperluan asas utk kedai dan spt yg aku janjikan aku titipkan beberapa gambar utk tatapan semua...bagi sesiapa yang mahu membina mahligai perkahwinan, jgn lupa menjengah ke kedai aku ni..



Tempat duduk utk pelanggan memilih design kad kahwin



Bahagian depan kedai..welcome to Isma Bridal



Showcase sampel kad kahwin n barangan komestik Avon--wakil jualan Avon tau!!


Selain menjual ratusan jenis kad kahwin, Isma Bridal turut menawarkan pelbagai perkhidmatan lain seperti pakej pelancongan ke beberapa destinasi menarik di Pulau Pangkor, tempahan kek kahwin ekslusif dan akan tiba tidak lama lagi pelbagai jenis pakaian kahwin utk mempelai serta andaman.
Memandangkan pemilik Isma Bridal bekerja full time, maka perniagaan ini akan dibuka untuk temujanji dan jangan malu-malu untuk hubungi kami di talian 013 2999965/0163238842 atau emelkan sebarang pertanyaan di news1111mt @gmail.com.





Monday, April 6, 2009

Sukarnya mencapai impian

Agak lama aku tidak menitipkan luahan di sini. Posting ku sebelum ini banyak berkisar soal kesedihan dan kesuraman hidup namun kali ini akan meluahkan sesuatu positif yang berlaku dalam hidupku. Walaupun tajuk entri ini agak negatif namun ia perlu dinilai dari sudut positif.
Setelah hampir setahun, aku dan hubby teringin untuk mempunyai kedai sendiri, akhirnya Tuhan permudahkan impian itu. Aku mendapat dua unit kedai sekaligus. Namun atas faktor wang, satu daripadanya ditolak. Macamana nak bayar sewa kedai dua sekaligus setiap bulan.
Menjejak kaki di kedai baru itu, aku dan hubby di selubungi rasa begitu syukur. Syukur amat sangat. Kami pun mula merancang untuk membeli kelengkapan kedai. Namun semua itu sebenarnya bukan mudah. Sukar bagi kami sebenarnya.
Aku dan hubby pun memulakan perniagaan mengikut masa kelapangan kami. Yelah, masing-masing bekerja dan kerja pula tak tentu masa. Kalau ada customer nak tengok kad or ambik kad dari tempahan, masa tu baru kedai dibuka.
Oh ya, aku dan hubby membuka kedai kad kahwin yang kami beri nama Isma Bridal..di Sri Sentosa, Kuala Lumpur. Walaupun unit kedai tidaklah besar, namun berpatutlah dengan sewanya. Aku jadik serba tidak menentu. Jujurnya banyak kemudahan di kedai yang belum dibeli. Alasannya mudah, aku n hubby kena tunggu gaji n membeli keperluan sedikit demi sedikit.
Kerana itu, aku menyatakan di sini, sukar juga untuk penuhi impian kan?Walaupun kedai aku masih perlu banyak barang untuk menarik pelanggan, namun itu tidak sesekali mematikan impian kami untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang ini.
Bila semua keperluan sudah serba lengkap di kedai nanti, akan aku titipkan gambar di sini ya...

AlHamDuLillAh...by Opick feat Amanda

Ada UnTuKmU-nUbhAn