Friday, June 13, 2008

AlHamDuLillAh...

Bila dengar lagu ni kat drama sinetron anakku bukan anakku, tv3, aku jadik minat dengan lagu ni. sungguh indah n syahdunya membuatkan aku jadi sedar bahawa hidup ni kita perlu bersyukur atas apa yang ada. Aku teringatkan konflik dalaman yang aku hadapi berhubung soal kerja yang aku buat sekarang ini. Hati dan jiwa aku dah tak ada untuk kerja ni. Bukan setakat keje ni je tapi bidang kewartawanan sendiri.Aku jadi hilang minat memandangkan situasi negara sekarang termasuk soal politik, kenaikan harga minyak n barang dan macam2 lagi yang membuatkan aku jadi serba salah dan berdosa untuk teruskan kerja macam ni. Tulisan yang aku tulis dalam paper sedikit sebanyak mempengaruhi orang dan sekiranya ia mendatangkan keburukan n aib dalam sebelah pihak, aku juga yang akan disoal di Akhirat kelak.Kelmarin, aku kena marah dengan seorang penduduk yang kononnya memberitahu aku tak beri kerjasama dengan dia..padahal dia tak penah call n leave sms untuk aku. Yang buat aku terkilan, dengan berjubah dan bertudung labuh, dia tegar memalukan aku dpn orang. Manusia jenis apakah dia itu sehingga menjatuhkan maruah orang. Tak pernah selama empat tahun lebih aku bergelar wartawan aku diherdik sedemikian rupa. Paling terukpun aku kena tolak je..Paling memalukan dia orang ISLAM dan bangsa aku sendiri. Alangkah bodohnya dia bertindak sebegitu. Aku datang dengan niat yang baik, nak tolong penduduk yang tak dapat rumah PPR tu dengan menyiarkan masalah diaorang dengan harapan DBKL dapat berlembut hati memberikan seunit rumah PPR. Aku tengok dari jauh anak-anak kecil akak tu membuatkan aku jadi pilu. Tapi tanpa sempat aku membuka mulut, aku diherdik sedemikian rupa. Kalau sebelum ini dia pernah call aku n aku lupa nak return call, kenapa dia tak sms aku...akupun manusia biasa, tak pernah lari daripada kesilapan. Sehari ramai yang call, mengadu itu ini...mana lah aku ingat semua..lebih2 lagi aku sudah berumahtangga sekarang. Makan pakai suami kena jaga. Apapun, tak guna mengenang barang yang lepas, aku tak mungkin dapat maafkan orang itu selagi dia tak minta maaf pada aku. Daripada rasa simpati pada mangsa keadaan yang tak dapat rumah, aku jadik benci plak dengan keluarga itu. Aku diherdik tetapi diaorg wat tak tahu je..Aku cuma nak tolong dan kalau rasa macam dah bagus sgt tak perlukan aku, aku lagi tak heran..apapun, pengalaman diherdik, di tengking semasa hari terakhir kontraktor merobohkan rumah panjang KTM Pantai Dalam akan membuatkan aku lebih berhati2 menilai orang. Tak semua yang nampak BAIK itu BAIK dan tak semua yang nampak TAK BAIK itu TAK BAIK. ALLAH maha adil. Cuma aku rasa malu sebab menangis dengan Kak Jem..aku tak boleh nak tahan perasaan sedih ketika itu..aku bekerja tak DIBAYAR OT untuk kerja lebih masa.Pandai2la adjust masa sendiri tapi ini yang aku dapat dari masyarakat? Argg..biarlah orang tu sedar sendiri..sesungguhnya ALLAH maha mengetahui..Amin

Monday, June 2, 2008

KhAs Buat SuAmiKu TeRsAyAng

DeDiKaSi KhAs UnTuk SuaMi TerSaYang...
MoHaMAd TaRbUSi HusSin
Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusanS
ekeping hati suci
Aku...Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku...Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku...Sayang dirimu (menyayangimu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya
Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita
"Abg..TerLalU dALaM cIntA sAyang Utk aBG..SaYang HaNyA MaHUkAN Abg DaN saYangKan Abg SeOrang Je..."

Sunday, June 1, 2008

Bestnya kalau hidup ini aman damai

Wah, akhirnya aku berjaya ada blog sendiri..best gak bila ada blog sendiri..apapun aku tak nak citer panjang pasal benda ini. utk kali ini, aku takde idea nak tulis panjang2 cuma aku berharap sangat hidup aku diberkati n dirahmati Allah..best sebenarnya hidup ini kalau kita tahu menghargainya...

AlHamDuLillAh...by Opick feat Amanda

Ada UnTuKmU-nUbhAn