Sunday, June 28, 2009

Anak penyeri hati

Aku sebenarnya agak keberatan utk mencoretkan luahan hati berhubung tajuk entri ini kerana ia terlalu peribadi utk dikongsi..namun aku rasa sudah sampai masanya aku luahkan segalanya agar segala rasa di hati ini perlahan2 beransur baik.
Anak? Siapa tidak mahu mempunyai anak sendiri? Aku dan hubby tidak terkecuali utk mempunyai anak sendiri..darah daging sendiri, keturunan sendiri dan paling penting penyeri hidup kami yang diulit kesepian tangisan seorang bayi..namun, apakan daya, rezeki itu masih belum menjadi milik kami.

Peringkat awal, aku menjadi terlalu paranoid dan sensitif apabila soalan2 nakal berkaitan anak menerjah cuping telingaku..bermacam versi aku dgr sehingga sampai tahap ada dalam kalangan rakan2 ku hambur kata2 agak kasar...tidak kah mereka tahu bahawa itu semua bukan ketentuan yg boleh aku aturkan sendiri? Sedarkah mereka2 ini bahawa ketentuan itu adalah datangnya hanya dari yang maha KUASA?
Ah...itu cerita dahulu semasa emosi dan hatiku menjadi terlalu sensitif..kini aku merasakan aku sudah boleh menerima ketentuan bahawa masa untuk aku bergelar ibu belum kunjung tiba..ALLAH maha adil, pasti setiap keputusan, setiap ketentuan yang diutuskan untukku ada hikmah di sebaliknya. Aku pasrah..Memang mungkin belum rezekiku lagi.
Di satu sudut, ramai yang menyatakan usia perkahwinanku setahun lebih ini masih awal untuk berasa bimbang soal mendapatkan anak namun sebenarnya lagi ramai yang bertanyakan bila mahu dapat anak? Aku hadir ke majlis perkahwinan rakan lama kelmarin..bertemu dengan ramai rakan di tempat kerja lama..semua soalan yang diajukan ...Kamu dah ada anak belum? Bila nak ada anak ni? bla--bla...tiada seorang pun yg memulakan soalan dengan pertanyaan Apa Khabar?
Alhamdulillah, aku dapat tanganinya dan tidak lagi lari ke toilet utk menangis spt selalunya. Jawapanku mudah..Belum ada rezeki dan masih 'honeymoon'...yg penting kami bahagia...aku sendiri tak pasti dari mana dapat kekuatan itu namun selepas majlis tersebut, aku sedar...kehadiran hubby banyak memberikan aku semangat yg kuat...Aku teringat kata-kata seorang senior ketika datang ke HQ beberapa hari sebelumnya. Dia menyatakan segala yang berlaku adalah ketentuan yang perlu kita hadapi...kita mesti pasrah dan redha dengan ujianNYA...Dia juga belum dikurniakan cahaya mata selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.
Tentu kalian berasa hairan mengapa aku tidak menjalani rawatan dan pemeriksaan di klinik pakar..Bukan aku tidak mahu tetapi ada saja halangan yang menimpa..pertama, aku diminta pulang terlebih dahulu kerana doktor pakar tiada diklinik...dan apabila ditanya, doktornya adalah lelaki...hubby terus tak setuju..Keduanya, selepas hubby setuju dgn keadaan tidak berapa rela, doktor pula buat hal..Dia melemparkan failku di atas meja selepas aku beritahu aku pernah mengambil pil subur sebelum ini. Tindakan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada seorang doktor klinik biasa yang turut menawarkan khidmat sakit puan.....Tindakan doktor pakar itu yang meminta aku balik dan datang lagi enam bulan membuatkan aku terkesima...Aku hanya mampu menangis di dalam kereta sepanjang perjalanan balik..bukankah dia sepatutnya memberikan kata-kata semangat dengan nada yang lebih lembut...aku rasa diriku dimalukan di hadapan staf klinik dengan suara yg kuat...sejak kejadian itu, aku jadi agak tawar hati untuk ke klinik pakar lagi.
Aku lebih bertumpu kepada proses berurut dan mengambil Folic Acid sambil berdoa...teringat kata-kata kakak sepupuku yang dia hanya berdoa dan melakukan solat dhuha sepanjang sembilan tahun sebelum disahkan hamil..Selepas habis pantang anak pertama, Allah memberikan dia rezeki lagi..Kini dah sepasang anaknya...Sebenarnya aku bukan berputus asa untuk jalani rawatan dan pemeriksaan namun selepas aku bertanya dari hati ke hati, hubby aku masih belum bersedia ke arah itu..tak guna juga utk aku memaksa dia kerana kemungkinan dia tidak ikhlas untuk itu...
Kini, aku hanya menyandarkan sepenuhnya dengan berdoa kepada DIA untuk mengatur perjalanan hidup ini..Aku tahu amal disertai dgn usaha itu penting namun, aku tidak mahu mementingkan diri sendiri dengan melukakan hati insan yang aku sayang semata-mata untuk seorang anak...Kalau belum lagi sampai masanya utk aku mempunyai anak,aku redha dan terus berserah kerana setiap keikhlasan itu perlu dalam sebuah kehidupan...Bila hubby dah bersedia dan emosi aku kuat untuk menerima keputusannya, aku akan pergi jua.
Walaupun luahan ini sepatutnya terlalu peribadi untuk dikongsi namun aku punya satu tujuan..Aku perlukan DOA kalian...aku perlukan pertolongan kalian...Sampaikan permintaan hatiku ini kepada seluruh ahli keluargamu dan kawan-kawan terdekat untuk menDOAkan perkara yang baik berlaku ke atasku dan hubby...makin ramai yang berDOA, diharap dipermudahkan rezeki itu kepadaku....InsyaALLAH...

AlHamDuLillAh...by Opick feat Amanda

Ada UnTuKmU-nUbhAn