Thursday, September 18, 2008

Engkau yang bernama sahabat

Agak lama aku tidak menulis di sini dan malam ini, bila hatiku terguris dengan perihal seorang sahabat, timbul idea utk aku memasukkan idea mengenainya. Entah mengapa sahabat yang baik sukar utk ku temui di dunia ini..Mungkin ada tapi mungkin juga tiada. Dari zaman persekolahan lagi, aku sering dimainkan sahabat sendiri dan kesannya, aku tak punya ramai kawan sekarang ini. Bukan tidak mahu meluangkan masa bersama, tapi rasa pedih begitu terasa di kala aku cuba merapati seseorg yang digelar sahabat. Teringat aku semasa di sekolah rendah, aku mempunyai seorang sahabat bernama Fetty, Suhaili dan Zainun. Kemana sahaja berempat sehinggakan sekiranya ada rombongan sekolah, kami bersama.Saat itu, aku rasa bangga dan gembira kerana mempunyai sahabat yang sudi berkongsi suka dan duka..tapi persahabatan itu tidak lama tatkala masing2 menginjak ke tingkat menengah. Dua di sekolah menengah kebangsaan yang jaraknya antara 5-6 kilometer daripada rumah aku, seorang di sekolah agama yang jaraknya 500 meter daripada rumahku tapi aku jauh disekolahkan mak, lebih 22 kilometer di satu2 sekolah perempuan di Kuala Pilah...Aku begitu memberatkan soal sahabat sehinggakan walaupun sekolah berjauhan, aku masih betah menghubungi mereka dan rakan paling akrabku Fetty paling lama bertahan bersahabat dgnku..Aku masih ingat dia pernah menyatakan kesemua suratku disimpan rapi di dalam almari besar..begitu besar makna sahabat bagiku..tapi tahukah kalian, Fetty hanya mengirimkan tiga keping surat utkku sedangkan utknya berpuluh-puluh banyaknya.Aku tak mengeluh kerana bagiku..begitulah sahabat..mesti ada yang perlu dikorbankan. Hubungan dengan dua org lagi sudah lama berakhir..aku sudah tidak betah lagi mengirim kad raya kepada mereka sedangkan utkku...kosong..aku juga sudah letih mendail no telefon mereka sedangkan tiada deringan utkku...Sampai satu tahap aku harus menamatkan semuanya daripada hatiku jadik remuk..Persahabatn bersama Fetty walaupun tidak lagi diselitkan dengan gurau senda di telefon dan surat2 pencetus semangat tapi masih lagi berjalan cumanya tidak seakrab dahulu...
Di tingkat menengah, aku mula berkawan dgn ramai orang sehinggakan di tingkatan tiga hingga lima, aku berada dalam satu group. Kiranya semua orang dalam kelas mesti ada group sendiri. Di sekolah menengah, aku rasa gembira kerana mempunyai ramai kawan tapi kwn yang bernama sahabat tidak muncul tatkala itu. Seperti biasa, aku yang kerap menghubungi mereka utk bertanya khabar, bertanyakan kerja sekolah...menziarahi rumah mereka, ke perpustakaan bersama..tapi bagi pihak aku? Tiada...maksudnya. Tiada seorangpun dalam group aku ke rumah aku semasa zaman persekolahan..termasuk hari raya..sedihkan..tapi aku gagahi atas nama sahabat...cumanya bila tamat belajar, ada dua orang kawan yang sudi datang ke rumahnya semasa hari raya..aku hargai jua kerana akhirnya mereka sudi ke rumahku...Pastinya kalian tertanya apakah perkara yang cukup membuatkan hatiku remuk..seseorang yang ku anggap kawan baik membelakangkan aku dalam urusan menghantar permohonan ke politeknik selepas SPM..langsung tidak memberitahuku dan mempelawaku sekali dan aku hanya mengetahuinya dari mulut kawan lain..Bayangkan betapa remuknya hatiku ketika itu..Tapi tuhan maha adil, aku mendapat kekuatan dengan memohon memasuki Matrikulasi..dalam tiada sebarang harapan, tuhan itu memberikan aku kejayaan..Sungguh tak ku sangka..sedangkan kawan yang tadi tidak berjaya pun...Dari situ, hatiku mula tawat untuk rapat dengan kawan2 lagi..
Masuk dimatrik, dugaan kawan menjelma lagi..satu semester aku berendam air mata kerana dipulaukan.Secara jujur, mungkin caraku tidak dapat diterima oleh mereka kerana aku suka bercakap berterus terang....manusia sukar utk menerima kelemahan diri masing2..aku bertahan dan mak jadi sasaran..berkat doa mak..semester kedua, semasa kami berpindah ke asrama baru, akhirnya aku bertemu dgn kawan2 yang begitu memahami dan baik..bimbang hati terluka, aku hanya berkawan bukan bersahabat...gelak tawa, belajar bersama2 sehingga tamat matriks...semester kedua adalah musim matriksku yang menyeronokan..takut hati dihiris sembilu kali kedua, aku tidak memanjankan 'perkawanan' itu selepas habis matriks..ada yang masih keep in touch dama friendster tapi kebanyakkannya hilang tanpa khabar berita. Aku mula bermuhasabah diri...tuhan memberi kepayahan pada permulaan dan mencetus sinar bahagia pada akhirnya...
Di universiti. aku rapat dgn rakan sebilik..dari tahun pertama hingga ketiga..dia yang menjadi kawan wayangku, kawan dalam hidup seharianku..daripada aku asyik terluka dengan perbuatan n kata-kata kasarnya, aku jadik memahami dia..sekarang masih berhubung walaupun tidak serapat dulu. Jarak memisahkan kami..cumanya aku tidak menyebut dia sahabat kerana dia tidak sanggup seperti aku..Bukan meminta balasan tapi, jika aku tidak mulakan dahulu, dia tidak memulakannya. Jujurnya aku terkilan krn dia tak dapat hadir ke majlis perkahwinanku dulu sedangkan zaman belajar bermati-matian berjanji akan menghadiri hari bahagiaku..maklumlah aku kawan baiknya..Alasan terpaksa bekerja digunapakai dan aku pasrah..Apa boleh buat..Semasa dizaman U inilah, aku rapat dgn seorang kawan pada tahun pertama..sebelum aku rapat dgn kawan yang seorang lagi..Awal tahun kedua,hubungan kami jadik begitu serius..serius kerana berantakan...Org yang aku percaya sanggup menikam aku dari belakang...Dalam aku kesedihan akibat putus cinta,dia mengambil kesempatan berbaik dengan bekas teman lelakiku itu..Alasannya mudah..ingin menyatukan kami berdua semula..Aku terima alasannya tetapi rahsianya terbongkar bkn keluar daripada mulutnya sendiri walhal berkali aku tanya adakah dia menghubungi bekas teman lelakiku itu sebelum itu...Aku cukup tak suka dengan orang yang hipokrit..terluka hatiku lagi.
Menginjak ke zaman pekerjaan, lain pula jadinya. Aku baik dengan beberapa kawan yang bagiku sudah beerti. Sampai satu tahap aku menganggap mereka sahabat yang aku cari. Ku ceritakan perihal kwn2 dahulu yang menyakitkan...Tapi langit tidak selalunya cerah..Kerana segugus kunci, hatiku diguris begitu dalam..Menangisku seorang diri..ku luahkan pada kawan yang sorg lagi..masih bersisa sakitnya gurisan itu. (sehari slps itu, aku mendapat khabar bahawa kwn yang aku berkongsi luahan itu seolah tidak mempercayai kata2ku) Tatkala itulah, aku kesedihan, tuhan anugerahkan aku lelaki yang begitu memahami yang kini bergelar suamiku..ku luahkan segalanya kepadanya.Itu saat paling sukar dalam hidup sepanjang mencari ketulusan hati seorang sahabat. Tidak perlulah kalian tahu apa yang telah dia lakukan sehingga lukanya sehingga kini masih bernanah...dan sehingga kini aku tidak sudi utk mengambil tahu perihal dirinya..
Aku bertukar keja dan ternyata percaturanku banyak negatif daripada positifnya. Aku jadi bertambah penasaran. Dan kali ini aku terluka dengan kata-kata seorang kawan yang ku anggap seperti seorang kakak yang aku turuti kata-katanya. Banyak kali aku ditegur dengan cara sindiran sinis yang begitu menyentuh hati..aku tahankan krn persahabatn perlukan pengorbanan. Tak pernah dia kalah dalam kata2 dan aku sendiri rela dikalahkan. Kadangkala aku berfikir kawan seperti inikah yang aku perlukan dalam hidup? (Pada pendapat kalian, sekiranya aku cemburu dengan kesenangan orang lain iaitu kwn2 lama dan aku di cop sebagai dengki? adakah itu betul?)..Malam ini, aku mahu berfikir sedalam2nya.Suamiku menyatakan jangan sesekali mempercayai kawan kerana suatu hari nanti, dia akan jadi racun berbisa..aku agak tidak mempercayainya kerana bagiku kawan itu penting...
Entahlah, kadangkala bersahabat dgn lelaki lagi mudah n itu mengingatkan aku pada seorang sahabat lelaki yang begitu baik padaku...Aku butuhkan pendapat kalian dalam menyelesaikan kemelut ini. Bak kata suamiku..hanya ahli keluarga kita yang boleh dipercayai untuk dijadikan kawan dan sahabat..Benarkah?

AlHamDuLillAh...by Opick feat Amanda

Ada UnTuKmU-nUbhAn