Thursday, May 28, 2009

Muslimat hanya utk PAS?

Beberapa minggu lepas, aku membuat liputan sebuah kawasan. ketika mahu balik, aku terserempak dgn sekumpulan wanita bertudung labuh dan menyapa aku.
Aku tanya dari mana. Jawab salah seorang dari mereka dari Muslimat......(nama tempat). Aku tanya lagi, Muslimat? dgn nada kehairanan..Dari PAS ker? Jawab dia lagi.. Ye..muslimat kan PAS, dari mana lagi (lebih kurang begitulah bunyinya)...Aku terpinga-pinga? Muslimat gelaran utk wanita Islam dari PAS ker? Aku ni bkn muslimat ker? Aku rasa mereka dah boleh nak andaikan semua orang tahu Muslimat merujuk kepada wanita dalam PAS..
Bukan ke Muslimat itu maksudnya wanita yang sama2 berjemaah di masjid...Golongan Muslimat solat jemaah di masjid..pening aku...tulun..tulun

ESQ 165

Walaupun agak terlewat utk mencoretkan catatan ekoran kesibukan kerja namun aku akan titipkan sedikit pengalaman mengikuti Kursus Spritual ESQ 165-Basic kat PWTC pada 1-3 Mei lalu.
Ramai yang mengalir air mata dan segmen paling terkesan sekali pastinya masa berpelukan berpasangan dan mengingati kekhilafan dan dosa-dosa yang dilakukan. Aku turut terkesima dengan cara ia disampaikan.
Jujurnya tidak semua sesi menarik perhatian aku, ada 2-3 sesi yang aku terlelap sbb rasa bosan teramat...kata orang, kalau tak menangis ikuti kursus ini, makanya orang itu tidak punya hati. betul ker? agaknya menangis dalam hati itu pun boleh dikatakan tidak punya hati.
kadang2 aku rasa mengapa perlu aku menitipkan cerita perihal ESQ sedangkan pada posting sebelum ini aku tidak 'ingin' pun nak mengikutinya. Rasanya di semua iklan, cakap2 wartawan di media juga testimoni yang dilakukan, semua merujuk kepada kebaikan dan perubahan diri selepas mengikuti kursus ini, namun tiada yang menceritakan dari aspek keLEMAHannya.
Aku bkn ingin mencari kelemahan kursus ini kerana bagi aku siapa yang berubah selepas mengikuti kursus itu telah memperolehi hidayah dariNya bkn krn kursus itu. Aku akui ia sebuah kursus yang hebat cuma trainernya yang begitu pekat bahasa INDONESIAnya itu harus lebih mantap.
Selepas 3 hari ikuti kursus tersebut, perkara paling aku suka adalah setiap kali menyanyikan lagu selawat nabi (aku ingat dari Rabbani or Raihan), tetapi aku jadik semangat setiapkali menyanyikannya.
Yg kedua ialah menyanyikan lagu jalur gemilang..berkobar-kobar aku menyanyikannya.ah..lupakan soal apa yang berlaku kerana jika diceritakan di sini, pasti sudah tidak surprise bagi orang yang belum mengikutinya.
Cuma, aku jadik sedih apabila kursus yang dikenakan bayaran seribu lebih ini utk setiap peserta hanya untuk organisasi dan orang yg mampu sahaja...memang byrn itu tidak setimpal dengan harga perubahan seseorang itu namun kenapa aku rasa ianya agak tidak wajar. tidak wajar kerana berkali-kali trainer menyelitkan promosi berhubung kursus dan bayaran.
Jujurnya, jika syarikatku tidak menghantar aku ke sini dan andai aku punya wang yang banyakpun, aku tak mungkin akan pergi. Sebabnya mudah...Niat tak menghalalkan Cara...aku sungguh tidak berkenan apabila pada akhir sesi mereka mengedarkan borang untuk memperkenalkan ahli keluarga atau teman dengan memberikan no telefon...aku lihat seolah2 ia berunsur paksaan. walaupun tidak dinyatakan, namun mengapa mereka tidak menyatakan ia adalah sukarela.
Sudahnya aku buang borang berkenaan di dalam beg..kalau aku titipkan no telefon ahli keluargaku, belum tentu mereka mampu. rasanya angka seribu lebih tuh hampir sama banyaknya dengan pendapatan bulanan mereka.
Setujukah kalian andai aku menyatakan perlukah harga sebegitu untuk sebuah kursus motivasi untuk beri kesedaran kepada peserta. Mudah aku andaikan ia hanyalah sebuah perniagaan yang semuanya butuhkan keuntungan. Yang mampu dapat nikmati. yang susah, hanya mampu mendengar.
Itu kesimpulan aku berhubung kursus berkenaan. Lupakan soal itu kerana skrg aku mahu berkongsi tentang perubahan diriku..Aku sedang melalui fasa perubahan utk membina jati diri dan dekat dgn PENCIPTA. Mungkin terlalu awal untuk aku bercerita...namun perubahan tersebut bukan kerana ESQ kerana sekarang aku rasanya rutin harianku masih sama...cuma hatiku rasa terkesal dengan dosa-dosa lampau..AKu butuhkan doa kalian..

AlHamDuLillAh...by Opick feat Amanda

Ada UnTuKmU-nUbhAn