Friday, June 18, 2010

Pergi Seorang Sahabat

Erm..agak lama aku tidak mencoretkan catatan di sini, agak lama juga aku menyepi mengumpul kekuatan bagi memuntahkan segala yg terbuku di hati..entri ini bukan bermaksud sahabat yg ku kasihi itu pergi meninggalkan dunia ini tapi pergi menjauh dariku..

Aku tak pasti bila ketika tarikh dan masanya sang sahabat ini menelefonku dan memberitahu bahawa dia sudah lagi tidak bekerja di Lembah Klang..sudah mendapat kerja baru di Seremban.Bunyinya agak mendebarkan aku. Aku tya sang sahabat.."tapi kamu masih tinggal di sini kan? Ala, Seremban itu bukan jauhpun. Boleh Ulang Alik" namun jawapan sang sahabat bukan seperti tekaan aku..wah..aku terkesima.

Memang aku tidak meluangkan byk masa bersamanya sejak hamil n selepas melahirkan anak. Namun aku tidak pernah melupakan dia. Tatkala berita itu ku dengar, luruh sungguh hatiku..terasa ada air hangat mengalir di pipi namun suara ku berlagak seperti biasa.. Cuma yg mampu aku katakan, susahlah kamu mahu melawat aku di sini lagi.

Kekadang aku dihimpit rs bersalah kerana kurang memberikan perhatian kepadanya. Rumah sewanya sahaja aku tak pernah pergi sedangkan dia ke rumahku beberapa kali..Kg orang tuanya pun aku tak pernah pijak walaupun dia penah di kgku menaiki Si Biru..sungguh aku rasa bersalah..Tetapi jauh di sudut hatiku, dia sahabat terbaik yg aku punya.

Justeru apabila sang sahabat dipindahkan bekerja n berumahtangga di daerah luar Lembah Klang, aku rs ralat..teringat dia sanggup lencun kebasahan ketika melawatku di Wad Bersalin 23 Feb lepas...sungguh aku rs begitu dihargai...mana mungkin aku mendapatkan sahabat sebaik itu.

Cuma selepas ini aku berharap walaupun berjauhan n mungkin agak sukar utk berjumpa ekoran tugas masing2, aku mendoakan dia bertemu ketenangan dan kebahagiaan di sana..Walaupun aku tidak mampu melakukan sesuatu yg boleh dibanggakan sebagai seorang sahabat namun jauh di subut hati, aku terlalu mengharapkan dia bertemu jodoh dgn lelaki yg akan membahagiakan dia dunia akhirat.

Utk sang sahabat, aku tahu kamu pasti membaca coretan ini...walau aku tak pernah meluahkannya secara serius di hadapan kamu..tp yang pasti aku mahu kamu tahu...yang aku sayang sgt pada kamu..7 tahun usia persahabatan kita biarlah terus berkekalan hingga ke akhir usia...Aku doakan terbaik untuk hidup kamu n satu pintaku, jgn lupakan aku...


Aku yg pilu~

AlHamDuLillAh...by Opick feat Amanda

Ada UnTuKmU-nUbhAn