Thursday, December 11, 2008

KeteNangan BagaImAna HaRus DiCaRi

Krisis pekerjaan semakin menghantuiku..aku jadi cemburu melihat kesenangan rakanku yang kini nun jauh di Sabah. Dia mengambil keputusan resign setelah merasakan tiada lagi kedamaian bekerja. Ah...aku jadi penasaran. Dengan bermacam2 peraturan baru dan penambahahan syarat dalam pekerjaanku skrg menjadikan aku tidak betah lagi untuk bekerja di tempat kerjanya sekarang ini. Aku seronok bekerja tetapi pengurusan kebajikan pekerja dan pengabaian yang ku rasakan agak keterlaluan membuatkan minatku utk menulis dan semangat utk memaparkan berita terbaik terus terhakis.
Aku jadi bosan dengan peraturan manusia yang acapkali berubah mendadak. Dahulu dibilang lain, sekarang pula dibilang lain. Apa boleh buat. Sudah terjebak dalam kerja ini, tahan saja lah...tambahan pula gaji agak lumayan dengan tiada kos pengangkutan. Mana nak dapat? Entahlah. Kekadang aku rasa bekerja memerlukan ketenangan dan kedamaian. Tak semestinya sibuk bekerja itu tidak tenang tapi ia bergantung kepada persepi dan terjemahan seseorang itu sendiri.
Aku cuma mahu kerja yang tidak terlalu menekan aku dan memberikan aku arahan sesuka hati. Tapi adakah kerja seperti itu? Ah..kekadang rasa rindu dengan tempat kerja lamaku...walaupun tekanannya hebat dan beberapa ketika air mataku mengalir keluar, namun aku timba begitu banyak pengalaman. Aku dihantar ke luar kota untuk tugasan sekaligus meluaskan pandanganku...tetapi kerja sekarang ini..tiada peluang utk itu..Aku jadi menyampah setiap kali mahu berlibur, terpaksa menyediakan stok story..hinggakan utk cuti tahunan pun begitu.
Memang secara jelas menampakkan ******** tapi apa boleh buat...bak kata bos tempat kerja sekarang ini. U take it or u leave it...Mudahnya orang kaya berkata begitu. Baginya, soal pekerja perkara mudah. Satu pergi beribu yang datang. Katanya ramai lagi orang di luar sana yang butuhkan pekerjaan. Ah, ketepikan soal bos yang sudah kaya raya tetapi masih ***** dengan pekerja sendiri itu.
Sebelum ayat2ku terus bermaharajalela, aku lahirkan rasa lega kerana akhirnya aku berjaya membuka blog ini.. sudah berbulan aku tak dapat membukanya kerana terlupa password dan bahana yang menanti, pastinya rasa terseksa kerana luahan hanya mampu ku pendam..
Aku lanjutkan cerita perihal pekerjaan ku sekarang ini. Secara jujur, aku sudah tidak betah lagi untuk terus bekerja di sini tetapi demi suami dan keluarga tersayang, aku gagahi jua. Minat dan tanggungjawabku entah hilang di mana. Puas ku pujuk hati dan ku rawat rawannya duka sendiri namun rasa menyampah terus meluap-luap.Aku tahu alangkah berdosanya kerana tidak bertanggungjawab dgn kerjaku sendiri. Kerja yang menyalurkan aku wang utk menampung kehidupan seharian dan sekarang baru ku sedar, kerana jiwa sudah tidak ada di sini, maka wang gajiku saban bulan asyik tidak cukup. Kira-kira entah ke mana perginya.
Semua ini berkisar kepada satu ketenangan. Aku butuh ketenangan dan kedamaian. Gangguan di rumah ketika jari sedang ligat menyusun kata menyebabkan aku seringkali tertekan. Aku perlu ruang kerja tetapi rasanya itu semua tak mungkin aku kecapi di tempat kerjaku sekarang. Tambahan kiranya aku di transfer ke HQ, tak mungkin aku beroleh kedamaian kerana terpaksa berebut PC setiapkali mahu menaip cerita..Ah, hebat lakonan dunia. Serba serbi ada dugaannya.
Kini, aku menghitung bila saat tepat utk aku menulis surat perletakan jawatan. Hatiku masih berkira-kira..Hutang kereta RM600++, rumah dan bil2 RM 300++, belanja dapur RM 300++, loan ptptn, perabot dan personal RM500 ++ (itupun kekadang loan PTPTN aku buat tak nampak je), mak, mak n bapak mertua bla bla...memang tidak mencukupi sekiranya aku berhenti kerja sekarang..Apa harus ku lakukan kalau tidak menjadikan catatan ini sebagai luahan terpendam...
Menyedari segala hal seperti ini, aku rasa elok aku tangguhkan dulu sehingga aku mendapatkan pekerjaan lain yang lebih tenang. Tenang bukan bererti bergaji besar tetapi cukuplah sekadar aku mempunyai ruangan sendiri, masa kerja dan cuti tetap tanpa terpaksa menyiapkan stok, berlibur menghabiskan cuti tahunan, dapat bayaran kerja lebih masa n bla bla...yang tidak dapat ku perolehi daripada kerja sekarang..Wahai kalian yang bijaksana yang membaca coretan ini, sudilah kiranya menitipkan pandangan utk aku terus melangkah tenang ke hadapan.

AlHamDuLillAh...by Opick feat Amanda

Ada UnTuKmU-nUbhAn