Monday, April 6, 2009

Sukarnya mencapai impian

Agak lama aku tidak menitipkan luahan di sini. Posting ku sebelum ini banyak berkisar soal kesedihan dan kesuraman hidup namun kali ini akan meluahkan sesuatu positif yang berlaku dalam hidupku. Walaupun tajuk entri ini agak negatif namun ia perlu dinilai dari sudut positif.
Setelah hampir setahun, aku dan hubby teringin untuk mempunyai kedai sendiri, akhirnya Tuhan permudahkan impian itu. Aku mendapat dua unit kedai sekaligus. Namun atas faktor wang, satu daripadanya ditolak. Macamana nak bayar sewa kedai dua sekaligus setiap bulan.
Menjejak kaki di kedai baru itu, aku dan hubby di selubungi rasa begitu syukur. Syukur amat sangat. Kami pun mula merancang untuk membeli kelengkapan kedai. Namun semua itu sebenarnya bukan mudah. Sukar bagi kami sebenarnya.
Aku dan hubby pun memulakan perniagaan mengikut masa kelapangan kami. Yelah, masing-masing bekerja dan kerja pula tak tentu masa. Kalau ada customer nak tengok kad or ambik kad dari tempahan, masa tu baru kedai dibuka.
Oh ya, aku dan hubby membuka kedai kad kahwin yang kami beri nama Isma Bridal..di Sri Sentosa, Kuala Lumpur. Walaupun unit kedai tidaklah besar, namun berpatutlah dengan sewanya. Aku jadik serba tidak menentu. Jujurnya banyak kemudahan di kedai yang belum dibeli. Alasannya mudah, aku n hubby kena tunggu gaji n membeli keperluan sedikit demi sedikit.
Kerana itu, aku menyatakan di sini, sukar juga untuk penuhi impian kan?Walaupun kedai aku masih perlu banyak barang untuk menarik pelanggan, namun itu tidak sesekali mematikan impian kami untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang ini.
Bila semua keperluan sudah serba lengkap di kedai nanti, akan aku titipkan gambar di sini ya...

2 comments:

Anonymous said...

wah dah bukak kedai...boleh la wat kad tuk besday haziq nih...heheh

shema said...

boleh boleh...cakap jer bajet bape n nak design camner..

AlHamDuLillAh...by Opick feat Amanda

Ada UnTuKmU-nUbhAn